Orang tua itu;
selalu saja merenung tajam tingkah-ku,
Orang tua itu;
selalu saja hingar mencela laku-ku,
Orang tua itu;
amarah-nya pada-ku masih kekal kental membusuk dan menyelubung,
Orang tua itu;
dendam-nya pada-ku seperti api yang tak pernah mahu surut.
Setiap masa, setiap masa, dan setiap masa,
"Mungkin aku salah, mungkin aku salah, mungkin aku salah," aku kata.
"Biarkan, biarkan, dan biarkan," aku kata.
"Tahan-kan, tahan-kan, tahan-kan," aku kata.
Wahai orang tua,
Aku mencemburui-mu.
(dan aku tetap akan menyanjung-mu walaupun jasadku terbenam ke dasar bumi).
Selamat Hari Bapa.
Selasa, Jun 23, 2009
Isnin, April 27, 2009
Reverse
Untuk sebentar,
Henti-kan-lah,
Aku lemas.
Setiap bunyi yang kau cuba keluar-kan, setiap warna yang kau cuba celoreng-kan,
Setiap figura yang kau cuba ukir-kan, dan setiap madah yang cuba kau carut-kan,
Hanyasanya,
Cuma sebuah value yang cuba ditinggi-kan, nilai yang cuba di-exist-kan,
Yang hakikatnya,
Hanya-lah sebuah tempat di dalam minda,
Yang mungkin tak pernah wujud,
Dan tak pernah ada.
Rabu, April 15, 2009
Loceng-loceng E Minor
"Setiap kita adalah pelumba happiness. Berlumba-lumba mengejar saat untuk disedari dan dihargai khalayak."
"Dan kecewa jika perbuatan baik tidak dianggap baik oleh orang lain."
"Usah gundah andai kata kamu tewas dalam pertempuran moral dan teologi."
"Kerana kita hanya, heh, manusia, dan bukan Dia."
"Setiap kita juga ada-lah mangsa kepada idea kita."
"Kita ditipu dan dibunuh dengan gagasan idea kita sendiri tentang hampir semua perkara."
"We created all false imaginations about other peoples, which are generally based on our own ideas; merely our own ideas; and again and again; they turned out to be someone else who unintentionally against our imaginations; dan itu-lah yang sebenar-benarnya yang paling menghancur-kan hati."
"Salah-kan mereka, sayang, mereka gagal menikmati apa yang kamu fikir-kan. Mereka tidak mampu mencapai tentang perkara yang jiwa kamu sedang setubuhi."
"Kerana apa yang terwujud dan terlindung di dalam hela dada ini, kerana apa yang mengalir lesu di dalam darah ini, kerana apa yang bersenandung sumbang di sebalik minda ini, hanyasanya terbatas hanya untuk kamu dan soul-mu miliki."
"Mereka tidak sesekali akan memahami."
"Senyum-lah, kerana kamu lebih baik daripada ini."
"Itu-pun jika kamu faham apa erti ekslusif dan privasi."
"Heh, dan aku? Aku hanya mahu menghirup udara yang lebih bersih, di si--ni."
Jumaat, Mac 13, 2009
Random
Menonton drama-drama, filem, telenovela, program realiti tempatan, etc, etc, membuatkan aku menjadi lemah fikiran. Cetek sangat-kah cara berfikir penduduk Malaysia?
Maaf, mungkin aku gagal dalam menikmati idea-idea manusia majoriti ini.
Or maybe I just can't. My bad.
Yeah, it is the way you were brought up, right?
Ahad, Mac 01, 2009
Bohong
Bersedia-lah,
Kerana,
Apa-apa yang kau percaya-kan dan benar-kan,
Apa-apa yang kau pegang-kan dan prinsip-kan,
Dan apa-apa yang kau sungguh-sungguh persetan dan pertahan-kan,
Satu masa,
Semua itu akan berpaling, dan berkata;
"Ha ha ha, the joke is on you, the joke is on you!"
Dan bila hati sendiri against kau, kau akan realize satu perkara;
"Nothing hurts more than realizing they meant everything to you, but you meant nothing to them."
Sia-sia.
Kerana,
Apa-apa yang kau telah percaya-kan dan benar-kan,
Apa-apa yang kau telah pegang-kan dan prinsip-kan,
Dan apa-apa yang kau telah sungguh-sungguh persetan dan pertahan-kan,
Semua itu ada-lah,
Dunia,
Dan, neraka,
(Untuk jiwa-jiwa hampa).
Selasa, Februari 17, 2009
Nota-nota Opium
Dimensi yang kau lihat,
Cuma satu khayalan,
Satu delusional,
Semua ini akan musnah,
Semua itu akan kosong,
Semua-semua itu ini akan hilang dan binasa,
Kerana kita dan segala-galanya,
Hanya-lah,
Jasad-jasad sunyi yang berjuang,
Merantau masa,
Mencari happiness,
Dan,
Menunggu masa,
Menghapus loneliness.
(atau terus hanyut tanpa forgiveness)
Isnin, Februari 09, 2009
Missing My Sweet Moments
"Happiness is not a destination...," she said, delicately, and, added, "It is a way of life..."
I grinned my approval, cos I have already said it before. At times.
Live your life. Embrace them. Beat them in pleasure. Enjois. Indulge.
Be gratified.
Smile.
And never regret.